“Anda Semua Munafik” – Anak Dan Ibu Terjah Bapa Menikah Lagi, Terkejut Saudara Rapat Datang Majlis

9 Jul 2024 • 12:53 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Tak salah kalau mahu hidup poligami, tapi janganlah sampai menyakiti hati isteri demi kemahuan itu. Baru-baru ini, viral di TikTok seorang anak menerjah majlis kahwin bapanya dengan perempuan lain.

Walaupun memang dah sedia kecewa dengan bapanya, dia dan ibu lagi sedih selepas mengetahui rupanya saudara rapat termasuk abang sulung hadir ke majlis berkenaan.

Katanya, pada mulanya dia ke sana hanya mahu menuntut penceraian demi ibunya yang disakiti.

Anda semua munafik.. Di mana ada duit, di situ ada keluarga kau.

image is not available

Gadis itu juga meluahkan rasa bengang kerana saudara yang dulunya berikan sokongan moral kepada ibu, mengkhianati mereka.

Makcik tampar muka ibu walaupun ayah yang salah

Walaupun keluarga dan saudara terkejut dengan kemunculan dua beranak itu, suasana jadi lagi kecoh bila wanita ini menjerit untuk mencari bapanya.

Kamu benar-benar keterlaluan, dirakam! Dirakam!

@bantenhay.com

Seorang anak tampak histeris ketika melihat langsung ayahnya bersama dengan wanita lain disebuah hajatan pernikahan. Ia bersama ibunya mencoba datang ke acara hajatan tersebut untuk meminta ayahnya segera menceraikan ibu kandungnya. Cek selengkapnya di instastory dengan klik link “Baca Selengkapnya” #bantenhay #promedia #selingkuh #ayah #ibu #anak #cerai #hajatan

♬ suara asli – BantenHay – BantenHay

Susulan itu, gadis itu mendedahkan ayahnya yang juga peguam berkata akan mengambil tindakan isterinya dan mendesak supaya dia memadam video berkenaan.

Walau bagaimanapun wanita itu dilihat masih lantang bersuara demi mendapatkan keadilan buat ibunya.

Kredit: Aplikasi X | TikTok

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.