“Andai Bapa Aku Macam Ni..” -Tak ada ‘A’ Dalam Result SPM, Netizen Sebak Dengar Nasihat Ayah Pelajar Ini

17 Jun 2022 • 8:12 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Kecoh di media sosial, semua pelajar SPM 2021 telah memuat naik keputusan SPM yang baru je keluar semalam. Ada yang dapat result bagus, ada juga yang kurang memuaskan. Namun, nasihat seorang ayah kepada pengguna TikTok notekin telah membuatkan netizen sebak.

Sudah pasti sebagai seorang anak, kita nak beri yang terbaik buat ibu ayah kan? Sebagai pelajar sekolah, mendapat keputusan yang cemerlang adalah salah satu ‘hadiah’ yang boleh diberikan buat ibu ayah.

Ayah bagi anak semangat

@notekinn.__ sorry takdpt bagi results yang baik ii image is not available. #spm2021 ♬ bunyi asal – privateikin_ – 20 JUNE image is not availableimage is not available

Pengguna TikTok Notekin yang merupakan calon SPM 2021 telah memuat naik sebuah video pendek, di mana ayahnya menanyakan keputusan SPM nya.

Remaja tersebut memberitahu keputusan yang diperoleh bagi SPM 2021 adalah 1B 2C 2D 2G dan menunjukkan tiada A dalam mana-mana mata pelajaran.

Remaja ini juga meminta maaf kepada ibu bapanya.

Kau dah cuba, tak apa lah, mana yang dapatlah.. at least akhlak kau jaga, maruah diri jaga, itu yang ayah harapkan.

Kerajinan kau, taat kepada ibu bapa dan jadi anak yang solehah.

Namun, kata-kata nasihat yang diberikan oleh ayahnya itu telah membuatkan netizen yang menonton video tersebut sebak dan mengatakan bahawa remaja tersebut sangat ‘beruntung’ memiliki ayah yang supportive.

image is not available

Bestnya family terima..

image is not available

Andai bapa aku macam ni..

image is not available

SPM bukan segalanya

image is not available

image is not available

Alhamdulillah, SPM ini hanya permulaan untuk buka buku baru. Apa pun keputusan yang adik-adik dapat, itulah yang terbaik. Teruskan jadi insan yang rajin berusaha, yang berguna untuk keluarga dan negara okay!

Kredit: notekin

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media