Andalusia Travel Lancar Pakej Haji 1445H & Brosur Andalusia 2024/2025-1446H

19 Jan 2024 • 6:34 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Pengendali pakej ibadah haji dan umrah, Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd (Andalusia) terus melangkah ke hadapan dengan perancangan jualan dan pemasaran lebih efisien serta holistik dalam menyantuni jemaah Malaysia.

Pengarah merangkap Penasihat Undang-Undang Andalusia, Ida Riswana Idris berkata, pihaknya percaya pakej yang disediakan membantu jemaah merancang perjalanan ibadah masing-masing dengan lebih mudah.

image is not available

Andalusia Travel lancar pakej haji

“Mengikut tradisi, pakej haji dan umrah daripada Andalusia Travel sangat dinanti-nantikan orang ramai.

Misi kami adalah untuk menyediakan perkhidmatan umrah dengan berpatutan dan berkualiti kepada masyarakat Islam dengan harapan setiap umat Islam dapat menunaikan kewajipan agama mereka tanpa perlu bersusah payah dan bimbang,” katanya.

image is not available

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis pelancaran Pakej Haji 1445H dan Brosur Andalusia 2024/2025-1446H di Movenpick Hotel & Convention Centre, Sepang hari ini.

Sementara itu, Ida berkata pihaknya akan terus komited bagi mengekalkan mutu perkhidmatan selepas menyasarkan kira-kira 80,000 jemaah umrah tahun ini.

image is not available

“Andalusia Travel akan terus menambahbaik mutu perkhidmatan kepada jemaah umrah yang dianggarkan akan bertambah sehingga mencecah 80,000 orang setahun pada musim umrah nanti.

“Saya bersyukur atas pelancaran ini dengan merakamkan penghargaan dan jutaan terima kasih kepada hadiran dihormati,” ujarnya.

View Original Article