Andika Putera idam jawatan Perdana Menteri diperli netizen – “Jadi ketua keluarga pun gagal..”

LocalPolitics
14 Oct 2024 • 5:24 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available
Andika Putera idam jawatan Perdana Menteri

Selepas meluahkan hasrat untuk membeli bangunan Tun Razak Exchange (TRX), pempengaruh Andika Putera idam jawatan Perdana Menteri telah berjaya tarik perhatian ramai

Andika atau Muhammad Andika Putera Salleh, 27, berkata dia tidak kisah impiannya itu diperlekehkan oleh orang ramai kerana menganggap perkara tersebut adalah ujian untuk mencapai cita-citanya.

“Dika nak jadi perdana menteri, itu impian Dika. Orang kata gila, biarlah. Saya memang nak menjadi seorang leader.

“Ramai orang pergi minta benda tu, Allah akan bagi dengan ujian yang sebesar yang kau minta sebab kau kena layakkan diri kau dulu,” katanya.

Andika Putera idam jawatan Perdana Menteri

image is not available

Netizen perli, jadi ketua keluarga pun gagal

Menjengah ke ruangan komen, ada segelintir netizen mempersoalkan bagaimana Andika mahu menjadi seorang perdana menteri untuk memimpin negara sedangkan pernah gagal dalam perkahwinannya sebelum ini.

image is not availableimage is not availableimage is not available image is not availableimage is not available

Netizen tak faham apa Andika cakap

Dalam pada itu, ramai netizen kurang jelas dengan apa yang dibicarakan oleh Andika sepanjang sesi podcast itu berlangsung dan meminta pempengaruh tersebut membetulkan percakapannya sebelum menjadi perdana menteri.

image is not available image is not available image is not available image is not available

image is not availableimage is not availableimage is not available

Terdahulu, Andika yang berhasrat untuk membeli bangunan Tun Razak Exchange (TRX) percaya akan merealisasikan impian besarnya itu suatu hari nanti walaupun ia kelihatan sukar untuk dicapai.

Sekadar info, Andika pernah bercerai dengan Ananda Natasha pada tahun 2022 namun mereka rujuk semula demi kebaikan anak.

Andika Putera idam jawatan Perdana Menteri

image is not available

Bagaimanapun jodoh mereka tidak panjang apabila sekali lagi mengambil keputusan untuk bercerai pada Disember tahun lalu. Sebelum ini kecoh di media sosial perbalahan Andika dan Ananda yang masing-masing dilihat membuka aib bekas pasangan.

Sumber: TikTok @youcast