Andika Putera Puji Ananda Natasha Bekerjasama Dengan Baik, Mudahkan Urusan Di Mahkamah Syariah

6 Jun 2024 • 11:46 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Pempengaruh, Andika Putera dan bekas isterinya, Ananda Natasha telah menyelesaikan urusan dipercayai membabitkan rumah tangga mereka di mahkamah semalam.

Menerusi TikTok, Andika memuat naik satu gambar menunjukkan dia dan Natasha berada di perkarangan mahkamah syariah.

Bukan tu jer, Andika juga ada memberitahu yang bekas isterinya memberikan kerjasama yang baik untuk mempermudahkan urusan mereka.

Hari ini, selesailah segala urusan kami di mahkahmah.

Alhamdulillah Tasha seorang yang memberi kerjasama hebat dalam urusan ini.

Pempengaruh itu juga meminta netizen untuk mendoakan yang terbaik buat mereka.

Doakan kami, doakan segala kebaikan untuk Alisha Puteri.

Ananda juga dilihat memuat naik hantaran sama mengenai perkara ini. 

Alhamdulillah selesai dah semua urusan, terima kasih Andika dah jadi suami terbaik selama empat tahun lepas.

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.