Andmesh Kamaleng Turun Padang Di Kuala Lumpur, Promosikan Konsert Solonya 

Music
22 May 2023 • 4:00 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Andmesh Kamaleng (dua kanan) yang terkenal dengan lagu 'Cinta Luar Biasa' tidak menyangka impian mengadakan konsert solo di Kuala Lumpur akan menjadi kenyataan. - Gambar Kharisma Music 

Penyanyi Indonesia, Andmesh Kamaleng mengakui sudah lama mengidam untuk beraksi dan membuat konsert di Malaysia. 

Penyanyi yang kelahiran Nusa Tenggara Timur Indonesia yang terkenal dengan lagu 'Cinta Luar Biasa' ini juga tidak menyangka akhirnya impiannya itu akan menjadi kenyataan. 

Andmesh bakal beraksi dalam konsert solonya yang dinamakan ‘Andmesh Kamaleng Live In Kuala Lumpur’ anjuran Kharisma Music di Plenary Hall KLCC pada 4 Jun ini. 

image is not available
Andmesh sebelum ini telah pun berada di Malaysia bagi mempromosikan konsert solonya itu. - Gambar Kharisma Music

“Ini merupakan konsert solo pertama saya di Malaysia. Sesungguhnya ini merupakan impian saya dari dahulu lagi untuk menghiburkan peminat di Malaysia, saya sudah persiapkan ‘team’ yang rapi agar semuanya berjalan dengan lancar.

“Seramai 6 pemuzik profesional dari Indonesia bakal mengiringi saya ketika konsert itu nanti yang dijangkakan berlangsung selama 2 jam dengan kira-kira 15 buah lagu yang dipersembahkan.

“Konsep konsertnya nanti bertemakan cinta, saya mahu kesemua penonton konsert yang hadir merasakan ‘cinta’ melalui muzik, lirik dan nada yang saya bawakan,” jelas pemilik nama sebenar Jeandmesh Antonio Kamaleng, yang berusia 25 tahun ini.

image is not available
Andmesh Kamaleng - Gambar Kharisma Music

Andmesh sebelum ini telah pun berada di Malaysia bagi mempromosikan konsert solonya itu. 

Setakat ini, segala persiapan menuju konsert sedang dijalankan dan team Andmesh memastikan setiap pengunjung konsert dapat merasai pengalaman muzik yang maksimal.

“Istimewanya pada konsert itu nanti, susunan muziknya juga akan mengalami perubahan khas untuk peminat di Malaysia, rugi bagi siapa tidak menghadirkan diri. Pastinya ada juga kejutan yang dipersembahkan nanti dan kalau hendak tahu kenalah beli tiket konsert nanti.

“Saya berharap pengunjung konsert terkesan dengan lagu-lagu yang saya persembahkan, merasakan cinta dengan karya-karya saya, dan pulang ke rumah dengan memori yang indah.

“Jangan lupa dengan janji kita pada Jun tahun ini, salam sayang dari Andmesh Kamaleng,” akhiri penyanyi tersebut.

Tiket kategori VVIP “Anugerah Terindah” sudah Sold Out! Tinggal sedikit sahaja lagi tiket kategori lain, cepat dapatkan di andmesh.ubertickets.asia – Getaran, 22 Mei 2023 

image is not available