Android 14 Beta 1 Dilancarkan Untuk Pengguna Pixel

TechnologyDigital
13 Apr 2023 • 10:11 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Pengguna Pixel kini boleh menguji Android 14 Beta 1 sekiranya ingin menggunakan versi ujian sistem operasi terkini Google ini. Menerusi Android 14 Beta 1, pelbagai ciri seperti penggunaan bahasa berbeza pada aplikasi dan gestur back baharu boleh digunakan hari ini.

image is not available

Tidak seperti Android 14 Developer Preview yang diumumkan Februari yang lalu, Android 14 Beta 1 adalah versi yang lebih stabil untuk digunakan oleh pembangun serta pengguna biasa. Ia masih belum 100% stabil tetapi adalah satu-satunya cara untuk memastikan aplikasi yang sedang dibangunkan serasi dengan Android 14 versi penuh yang akan dilancarkan kelak.

Ciri baharu lain yang ditawarkan dengan Android 14 Beta 1 ialah antaramuka baharu yang lebih mudah digunakan, ketelusan penggunaan data untuk pengguna OKU yang menggunakan aplikasi dan peningkatan kemampuan grafik untuk pelbagai animasi dalam aplikasi.