Android 15 Lebih Bijak Mengunci Skrin Dengan Mengesan Jika Pengguna Berdekatan Dengan Peranti

TechnologyDigital
20 Jun 2024 • 3:32 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Peranti Android sebenarnya sudah lama ada ciri AI tetapi ketika itu terma yang popular adalah pembelajaran mesin. Antara ciri yang menggunakan teknologi ini adalah nyahkunci berasaskan wajah menggunakan kamera swafoto. Terbaru dalam Android 15 Beta 3, sistem akan lebih bijak mengunci skrin dengan mengesan sama ada pengguna berada berdekatan peranti ataupun tidak.

Ciri ini diberi nama sebagai Adaptive Timeout di mana jika pengguna berjauhan dengan peranti skrin akan terkunci dengan lebih pantas. Sementara jika pengguna berdekatan peranti skrin akan dikunci mengikut tetapan pengguna. Teknologi ini juga bukan perkara baharu kerana sejak zaman Samsung Galaxy S3 lagi sudah ada ciri menggunakan kamera swafoto menjejak mata pengguna untuk tidak mengunci skrin dengan pantas.

image is not available

Google akan memberi pilihan kepada pengguna sama ada ingin mengunci skrin mengikut masa yang ditetapkan atau menggunakan ciri pintar baharu ini. Sama-sama kita nantikan kehadiran Android 15 untuk semua peranti yang dijangka akan tiba hujung tahun ini ke awal tahun hadapan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved