Android 17 Beta 4 Dilancarkan – Penggunaan RAM Oleh Aplikasi Kini Boleh Dikawal

TechnologyDigital
17 Apr 2026 • 12:29 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Android 17 Beta 4 kini diedarkan kepada peranti Pixel yang layak dengan ia merupakan beta terakhir yang dijadualkan sebelum Android 17 versi penuh dilancarkan kelak. Ciri baharu yang diperkenalkan menerusi Beta 4 ialah had penggunaan RAM oleh aplikasi berdasarkan jumlah RAM yang wujud pada peranti.

Image from: Android 17 Beta 4 Dilancarkan – Penggunaan RAM Oleh Aplikasi Kini Boleh Dikawal

Dengan had penggunaan RAM, kestabilan sistem dapat dicapai, mengurangkan kebocoran memori, mengelakkan UI tersangkut, penggunaan bateri tinggi, dan menyelesaikan isu aplikasi ditutup secara paksa ketika di latar belakang.

Selain itu ia menyelesaikan beberapa isu pada beta terdahulu seperti peranti tidak responsif ketika menggunakan mod ketercapaian, peranti terhenti ketika menaip, notifikasi tidak berbunyi, widget gagal berfungsi, bluetooth tidak boleh dihidupkan dan banyak lagi.

Android 17 Beta 4 boleh dimuat turun peranti Pixel 6 sehingga Pixel 10 Pro Fold, Pixel Tablet, Pixel Fold, dan Android Emulator.