Android Emergency Live Video Memudahkan Carian Ketika Situasi Kecemasan

LocalTechnology
11 Dec 2025 • 11:30 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Google memperkenalkan ciri Emergency Live Video hari dengan ia akan membolehkan pengguna peranti Android menstrim video secara langsung kepada pasukan penyelamat yang dihubungi ketika situasi kecemasan. Apabila diperlukan, operator di pusat panggilan kecemasan boleh melakukan panggilan video ke peranti Android milik mangsa. Ini kemudiannya boleh disambungkan pula kepada pasukan penyelamat yang tiba di lokasi.

image is not available

Video akan menggunakan sistem penyulitan supaya privasi pemanggil masih akan dilindungi. Ciri Emergency Live Video akan disokong peranti dengan sistem operasi Android 8 dan ke atas serta dilengkapi dan Google Play Services. Pada ketika ini ciri kecemasan ini hanya disokong di Amerika Syarikat, Jerman dan Mexico sahaja.

Dengan ini, peranti Android menambah lagi satu ciri kecemasan selepas sebelum ini menyokong perkhidmatan lokasi kecemasan, mengesan kemalangan, mengesan pengguna jatuh dan SOS menggunakan satelit di pasaran tertentu.