Android Perkenal Ciri Mengesan Panggilan Telefon Palsu Yang Menyamar Menggunakan AI

TechnologyDigital
3 Jun 2026 • 7:34 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Android Perkenal Ciri Mengesan Panggilan Telefon Palsu Yang Menyamar Menggunakan AI

PDRM tahun lalu mengingatkan orang ramai tentang teknik penipuan baharu “panggilan senyap” yang melakukan panggilan telefon tetapi tiada orang bercakap. Sebaliknya mereka menunggu mangsa bercakap sebelum merakam suara yang kemudiannya diklon menggunakan kecerdasan buatan (AI). Ahli keluarga kemudian akan menerima “panggilan kecemasan” kononnya mangsa diculik yang memerlukan wang tebusan dibayar.

Google hari ini mengumumkan ciri baharu pada Android yang dibangunkan khusus untuk menentang teknik penipuan ini. Ciri ini menggunakan teknologi berasaskan RCS untuk memastikan panggilan yang diterima pada peranti Android benar-benar daripada insan sebenar.

Image from: Android Perkenal Ciri Mengesan Panggilan Telefon Palsu Yang Menyamar Menggunakan AI

Apabila panggilan telefon dilakukan oleh ibu misalnya, pengesahan penyulitan hujung-ke-hujung (E2EE) akan dihantar ke peranti penerima. Sistem mengesan nombor telefon dan peranti yang digunakan oleh Ibu berpadanan dengan isyarat pengesahan dihantar menggunakan RCS. Tiada amaran diberikan jika identiti berjaya disahkan.

Jika penipu melakukan panggilan yang sama dengan menyamar menjadi ibu anda menggunakan nombor telefon dan suara yang dijana oleh AI, peranti mereka tidak boleh menghantar pengesahan E2EE yang diperlukan. Peranti anda anda kemudian menghantar isyarat mengesahkan peranti ibu sedang melakukan panggilan telefon kepada anda ataupun tidak. Jika tidak dikesan amaran akana dipaparkan pada peranti bahawa panggilan diterima bukan daripada ibu.

Ciri ini akan diberikan kepada semua peranti Pixel dengan Android 12 dan ke atas yang menggunakan aplikasi Phone by Google untuk panggilan telefon bermula bulan ini. Pemilik peranti lain hanya perlu memasang Phone by Google hari ini untuk menggunakan ciri ini.