Android TV 13 Dilancarkan Secara Rasmi

TechnologyDigital
5 Dec 2022 • 10:32 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Android TV 13 akhirnya dilancarkan secara rasmi oleh Google hampir empat bulan selepas Android 13 untuk peranti pintar. Sistem operasi untuk televisyen pintar ini boleh dimuat turun pembangun yang memiliki set pembangun ADT-3 sahaja pada waktu ini. Yang pasti masih tiada TV pintar yang akan menerima kemas kini ke versi ini dalam waktu terdekat.

image is not available

Tiada perubahan pada antaramuka dilakukan pada Android TV 13 kerana ia memberikan tumpuan kepada penambahan ciri, sekuriti, privasi dan kustomasi. Ciri paling menarik ialah pengguna boleh mengubah resolusi dan kadar segar semula TV yang ingin digunakan menerusi sistem operasi ini. Selain itu kemampuan papan kekunci tambahan dan membisukan mikrofon bagi tujuan privasi juga diberikan.