Anduril dan Blue Origin Kini Turut Membangunkan Roket Kargo Untuk Kegunaan Ketenteraan

WorldTechnology
22 Aug 2025 • 12:10 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Tentera Udara Amerika Syarikat (USAF) ingin mempunyai kemampuan menghantar bekalan di mana-mana lokasi di dunia dalam masa sejam. Oleh itu projek Eksperimen Roket untuk Logistik Tangkas Global (REGAL) telah diusahakan sejak sejak 2020. Selepas melantik SpaceX dan Rocket Lab untuk membangunkan roket kargo ketenteraan, USAF kin melantik pula Anduril dan Blue Origin.

image is not available

Blue Origin mempunyai kepakaran aeroangkasa menerusi roket New Glenn dan New Shepard serta menerima kontrak membina salah satu kenderaan pendaratan Misi Artemis ke bulan. Anduril pula lebih dikenali sebagai syarikat dron yang baru-baru ini menerjah ke dalam arena penghasilan peluru berpandu serta mengambil alih projek set kepala IVAS untuk infantri daripada Microsoft.

Di bawah projek REGAL, roket kargo perlu mempunyai kemampuan membawa kargo sehingga 82 tan yang bersamaan dengan kapasiti pesawat kargo Boeing C-17 Globemaster III yang digunakan sekarang.