Andy Teh Curi Perhatian, Berjaya Hafal Surah An-Nas Dalam 30 Minit – “Jom Kahwin”

LocalEntertainment
28 Aug 2025 • 12:15 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Pelakon Andy Teh sekali lagi menjadi tumpuan warganet selepas memuat naik video terbarunya di TikTok.

Menerusi perkongsian tersebut, Andy atau nama sebenarnya Andy Teh Kim Huat merakam dirinya sedang membaca Surah An-Nas dengan lancar. Menurutnya, bacaan itu dikuasai hanya selepas 30 minit belajar.

Difahamkan, Andy mempelajari surah tersebut bagi menjayakan watak dalam filem terbaharu lakonannya berjudul Abah Saya, Uncle Mike. Sebelum ini, Andy juga pernah berkongsi pengalamannya belajar mengaji serta mendalami budaya Islam demi menjiwai watak berkenaan.

Video tersebut mendapat perhatian ramai yang memuji kesungguhan Andy berusaha memahami bacaan Al-Quran walaupun bukan beragama Islam. Malah, ada juga peminat berseloroh menawarkan diri untuk membantu memperbaiki bacaannya sekiranya ada peluang bertemu kelak.

Usaha Andy dianggap wajar dijadikan contoh kerana menunjukkan dedikasi tinggi dalam mempersembahkan mutu lakonan yang lebih berkesan.

image is not available 2019-09-04 16:58:37

Baru 5 Hari Ditayangkan, Filem Sangkar Raih Kutipan Hampir RM 5 Juta