
Bila seseorang itu berjaya di usia muda, pasti ada yang mempertikai dan membuat andaian sendiri.
Begitulah yang dialami oleh usahawan muda, Anes Ayunie apabila dituduh menjual dadah membuatkan dia kaya raya.
Difahamkan, tuduhan ini timbul susulan tangkapan terhadap usahawan kosmetik Kelantan yang ‘kantoi’ menjual pil kuda.
Terbaru, Ayunie tampil membuat laporan polis menafikan dakwaan yang dibuat netizen terhadapnya. Dalam satu hantaran video, bekas adik ipar Iqbal Zulkefli ini mengatakan dia tidak akan berdiam diri lagi selepas kerap kali dituduh tanpa bukti.
“Kami berniaga sungguh-sungguh, tak perlu jual benda haram”
terima kasih @PDRMsiaOfficial
Dia turut berkongsi bahawa sejak sekolah lagi dia sudah aktif berniaga dan pada usia 18 tahun, dia berjaya mencatat jualan sebanyak RM40 juta menerusi produk Vitamilk.
Walaupun berdepan tuduhan berat, Ayunie tetap tenang dan mengucapkan terima kasih kepada pihak PDRM yang terlibat.
Katanya, dia tidak takut, cuma kesal dengan sikap segelintir masyarakat yang mudah menghukum.
Pssttt! Orang lain yang buat hal, orang lain pula yang kena tempias. Tak semua usahawan Kelantan jual dadah tau!
Kredit: TikTok
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.
The post
appeared first on
.


