Angau Dengan Janda Kerja ‘Gomen’ Kenal Di TikTok, Bapa 5 Anak Ceraikan Isteri Talak Tiga – “Janda Tu Taknak Bermadu”

LocalFamily & Parenting
13 Feb 2025 • 11:19 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Hanya kerana angau dengan seorang wanita berstatus janda, seorang suami sanggup melepaskan isteri yang bersama dengannya dalam susah dan senang selama 12 tahun.

Kisah itu dikongsikan di TikTok dan bapa kepada 5 orang anak terbabit telah melafazkan talak tiga kepada isterinya yang juga suri rumah itu.

Suami ceraikan isteri dengan talak 3 di rumah sebab isteri taknak pergi mahkamah syariah. Isteri taknak bercerai, taknak anak-anak hilang kasih sayang seorang ayah.

image is not available

Lebih jahat lagi, dia kemudian menghalau wanita itu dan kelima-lima anaknya dari rumah membiarkan mereka hidup terkontang-kanting.

Suami nak sangat bercerai sebab nak kahwin dengan janda tiada anak, kerja kerajaan. 6 bulan baru kenal di TikTok, janda yang banyak tolong masa dia susah takde duit katanya, janda yang bagi dia ketenangan, pandai layan pandai masak.

Difahamkan, janda tersebut meminta agar lelaki berkenaan menceraikan isterinya kerana enggan hidup bermadu dan lebih menyedihkan, keluarga kedua-dua pihak bersetuju dengan perkahwinan mereka berdua.

Berdasarkan perkongsian TikTok itu, pengesahan lafaz cerai talak tiga itu sah memandangkan lelaki berkenaan memang berniat dan dalam keadaan sedar ketika melafazkan talak.

Menerusi ruangan komen, individu yang berkongsi kisah ini berkata wanita berkenaan dan lima anaknya kini mempunyai tempat tinggal dan dalam keadaan baik-baik sahaja.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 1 day ago

Hidap Kanser Payudara, Hati, Limpa & Tulang, Suami 66 Tahun Ceraikan Isteri - "Tak Bagitahu Sebab Atau Kesalahan Saya"