Angelina Jolie Mahu Tinggalkan Dunia Lakonan, Berhasrat Pindah Kemboja

Entertainment
8 Dec 2023 • 12:16 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

image is not available

Aktres popular, Angelina Jolie berhasrat untuk meninggalkan dunia lakonan sepenuhnya malah bercadang untuk pindah ke Kemboja bagi memulakan kehidupan baharu bersama keluarga.

Menurut laporan mStar, pelakon yang berusia 48 tahun itu membuat keputusan untuk berpindah dari Los Angeles, Amerika Syarikat ke Kemboja atas beberapa faktor.

Perkara tersebut dimaklumkan oleh Angelina menerusi satu temu bual eksklusif bersama Wall Street Journal, baru-baru ini.

Angelina Jolie pindah Kemboja

image is not available

Pelakon filem Maleficent itu memberitahu sejak dari dahulu lagi tidak berminat untuk menetap di Amerika Syarikat malah, tidak merancang untuk terus aktif terlibat dalam dunia lakonan.

Sementara itu, ada khabar angin mengatakan konflik di antara Angelina dan bekas suaminya, Brad Pitt menjadi penghalang hasrat aktor tersebut untuk berpindah ke Kemboja.

Bukan itu sahaja, proses penceraian yang masih belum selesai selama tujuh tahun menyukarkan dia untuk mendapatkan hak penjagaan enam orang anaknya.

image is not available

“Itu adalah sebahagian daripada proses penceraian dan saya hilang daya untuk teruskan kehidupan secara sendiri serta bebas… kalau tidak memang saya akan pindah secepat mungkin

“Saya dibesarkan di tempat yang cukup sesak daripada semua tempat di dunia, Hollywood bukanlah tempat yang sihat,” ujarnya.

image is not available

image is not available

Terdahulu, Angelina Jolie memfailkan aduan terhadap Brad Pitt kerana sikap panas baran dan kaki dera yang dilakukan oleh bekas suaminya itu ke atas dirinya dan anak-anak sewaktu mereka masih bersama.

Sumber: mStar

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved