Angeline, Dionysia ungguli kejohanan golf Piala Puteri 2024

17 Jan 2024 • 12:43 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Angeline Kumilau dan Dionysia Petrus memenangi kejohanan golf Piala Puteri kali ke-24 2024 yang diadakan di sini buat pertama kali di Sutera Harbour Golf and Country Club yang berakhir pada Isnin lalu.

Mereka mengumpul skor selama tiga hari sebanyak 61.25 berdasarkan format Texas Scramble untuk merangkul kejuaraan.

Tempat kedua dimenangi oleh Chai Mei Lin/Park Ock Nam (66.25) manakala di tempat ketiga ialah gandingan Surimah Ismail/Norliza Mohd (68).

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Christina Liew menjadi tetamu kehormat pada penyampaian hadiah yang diadakan pada sebelah petang dan turut hadir ialah Presiden Malga, Tunku Puteri Jawahir, Tunku Puteri Intan Safinaz dan ketua pegawai eksekutif Lembaga Pelancongan Sabah, Julinus Jeffrey Jimit.

SPONSORED CONTENT RM20bil green steel project: Sabah on its way to adopting green technology, says Hajiji Kota Kinabalu: Chief Minister Datuk Seri Hajiji Noor said Sabah is well on its way to fully adopting the green technology revolution with a RM20 billion green steel project at the Sipitang Oil and Gas Industrial Park (Sogip). Read more Kira-kira 100 pemain termasuk lelaki mengambil bahagian dalam kejohanan anjuran Malga (Persatuan Golf Wanita Malaysia).

Terdapat juga anugerah ‘Best Theme Dressed’ yang dimenangi oleh Datin Dr Jeanette Tambakau dan Telwant Kaur, manakala kostum ‘Best Borneo Tribal’ dimenangi oleh Dr. Nyana Kalaiwani.

Kedua-dua Tunku Puteri Jawahir dan Jeanette, yang merupakan pengerusi penganjur, merakamkan ucapan terima kasih kepada Menteri atas kehadiran dan sokongan beliau.

Mereka juga mengucapkan terima kasih kepada semua penaja dan mereka yang terlibat bagi memastikan kejayaan kejohanan tersebut.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.