Anggap Malaysia Mendera Etnik Rohingya, Ucapan Aktivis Rohingya Di Australia Ini Undang Kecaman – “Bangsa Tak Sedar Diri”

LocalPolitics
15 Jun 2026 • 10:20 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Ucapan aktivis Rohingya, Noor Azizah yang menyentuh isu nasib pelarian Rohingya di Malaysia ketika menerima Anugerah Marie Claire Women of the Year bagi kategori Voice of Now 2025 di Australia mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan warga net.

Menerusi rakaman ucapan yang tular di media sosial, Noor Azizah membangkitkan beberapa isu yang dihadapi komuniti Rohingya di negara serantau termasuk Malaysia, Indonesia dan Thailand, selain berkongsi pengalaman penganiayaan yang dialami etnik itu selepas melarikan diri dari Myanmar.

Advertisement
View this post on Instagram

Dalam ucapannya, beliau mendakwa lebih 2,000 kanak-kanak Rohingya di Malaysia kini berada di pusat tahanan imigresen dan membesar dalam keadaan yang tidak sepatutnya dialami kanak-kanak.

“Selepas kami melarikan diri dari Myanmar, keganasan terus mengekori kami. Anda mungkin mengenali Malaysia, Indonesia dan Thailand sebagai destinasi percutian untuk anda dan keluarga”

“Di Malaysia hari ini, lebih 2,000 kanak-kanak Rohingya dikurung di pusat tahanan imigresen, membesar di sebalik jeriji besi dan bukannya di dalam bilik darjah.”

“Di Indonesia, ucapan kebencian, maklumat palsu dan disinformasi membanjiri media sosial, manakala di Thailand sindiket pemerdagangan manusia memperdagangkan tubuh Rohingya seperti mata wang,” katanya.

Difahamkan, ucapan tersebut disampaikan ketika majlis anugerah yang berlangsung pada November tahun lalu, namun petikan video berdurasi satu minit 18 saat itu mula tular di platform Threads sejak semalam.

Susulan itu, ramai pengguna media sosial tampil memberikan pandangan masing-masing dengan sebahagian daripada mereka mempersoalkan tindakan Noor Azizah yang dianggap mengkritik negara-negara yang menerima pelarian Rohingya.

Seorang pengguna, m.shuhaimisalleh berpendapat Noor Azizah sepatutnya menggunakan platform antarabangsa tersebut untuk memberi perhatian kepada isu penghapusan etnik Rohingya yang didakwa dilakukan oleh Junta Myanmar.

“Dia sepatutnya menggunakan pentas yang diberikan untuk mengecam kekejaman Junta Myanmar dan bukannya menumpukan kritikan terhadap negara-negara ASEAN yang menerima pelarian Rohingya,” katanya.

Dalam pada itu, seorang lagi pengguna dikenali sebagai doredeee menyifatkan Noor Azizah sebagai individu yang tidak menghargai peluang serta perlindungan yang pernah diberikan Malaysia kepada komuniti Rohingya.

“Dia berlindung di Malaysia dan mendapat peluang kedua, tetapi memilih untuk mengkritik negara yang memberi perlindungan kepada rakyatnya,” katanya.

Image from: Anggap Malaysia Mendera Etnik Rohingya, Ucapan Aktivis Rohingya Di Australia Ini Undang Kecaman – “Bangsa Tak Sedar Diri”Image from: Anggap Malaysia Mendera Etnik Rohingya, Ucapan Aktivis Rohingya Di Australia Ini Undang Kecaman – “Bangsa Tak Sedar Diri”

Perkongsian video tersebut terus menjadi perbincangan hangat dalam kalangan netizen dengan pelbagai pandangan dikemukakan mengenai isu pelarian Rohingya dan tanggungjawab negara-negara serantau dalam menangani krisis kemanusiaan berkenaan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

prof zarina2026-06-12 10:59:47

Ramai Kecam 'Photographer' Gara-Gara 'Style' Tudung Prof UKM, Respon Tuan Badan Memang Win! - "Tu Dah Memang Gaya Asli Beliau..."

The post Anggap Malaysia Mendera Etnik Rohingya, Ucapan Aktivis Rohingya Di Australia Ini Undang Kecaman – “Bangsa Tak Sedar Diri” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.