Anggap Tiada Apa-Apa, Jari Bertukar Hitam Lepas Tercucuk Bahagian Tajam Udang – “Kena Operate, 2 Hari Di ICU”

LocalHealth & Fitness
24 Dec 2024 • 11:59 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Baru-baru ini, seorang individu bernama Sufi Firdausi berkongsi tentang pengalaman buruknya selepas pergi ke pasar untuk membeli udang.

Katanya, ketika hendak mencuci dan membersihkan udang yang dibeli, jarinya tercucuk pada bahagian tajam berkali-kali namun dia tidak terlalu memikirkan tentang itu kerana beranggapan ia perkara biasa.

Bagaimanapun, sehari kemudian dia terkejut apabila jari yang tercucuk itu sudah bertukar warna hitam dan pada masa sama dia juga mengalami demam.

image is not available

Dia kemudian pergi ke klinik swasta sebelum dinasihatkan untuk ke hospital dengan kadar segera di mana dia menjalani pembedahan dan terlantar di hospital selama 7 hari dan 2 hari pula di unit rawatan rapi (ICU).

Saya di maklumkan terkena serangan bakteria hidup pemakan. Doktor cakap kalau terlambat satu hari, saya mungkin kehilangan lengan. Bakteria tersebut sudah menjalar sampai ke ketiak dan melarat ke bahagian tubuh saya yang lain.

 

Mohon maklumkan keluarga agar berhati-hati saat membersihkan udang mentah atau makanan laut.

Hantaran itu meraih perhatian ramai di mana sesetengah individu turut berkongsi cerita yang sama dilalui ahli keluarga mereka dan ada yang mencadangkan beberapa langkah selamat sebelum membersihkan udang atau makanan laut.

Yang penting kena berhati-hati terhadap apa sahaja luka sama ada kecil atau besar. Kadang-kadang kita tak pedulikan sangat dengan luka-luka kecil.

image is not available

image is not available

image is not available image is not available image is not available

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 1 month ago

Tong Gas Meletup, Suami Syura Badron Melecur Teruk - "Mohon Doa Daripada Semua..."

View Original Article