Anggota APM bantu pindah pesakit obesiti 250kg

LocalHealth & Fitness
16 Aug 2026 • 9:25 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Anggota APM bantu pindah pesakit obesiti 250kg
Operasi berkenaan membabitkan sembilan anggota APM termasuk seorang pegawai, selain dibantu penduduk setempat.
Image from: Anggota APM bantu pindah pesakit obesiti 250kg
Berat badan mencecah kira-kira 250 kg menyebabkan urusan membawa seorang pesakit obesiti berusia 49 tahun pulang ke rumahnya di Kampung Chiku 3, Gua Musang selepas discaj dari HRPZ II memerlukan bantuan khas APM Kota Bharu.

KOTA BHARU - Berat badan mencecah kira-kira 250 kilogram (kg) menyebabkan urusan membawa seorang pesakit obesiti berusia 49 tahun pulang ke rumahnya di Kampung Chiku 3, Gua Musang selepas discaj dari Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) memerlukan bantuan khas Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kota Bharu.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kota Bharu, Mejar (PA) Mohd Arif Mohd Zin berkata, khidmat khas itu dilaksanakan bagi membantu pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan keluarga pesakit menguruskan proses pemindahan dari hospital ke kediamannya dengan selamat.

**media[3616419]**

Menurut beliau, operasi berkenaan membabitkan sembilan anggota APM termasuk seorang pegawai, selain dibantu penduduk setempat.

"Kami membantu melancarkan proses pengurusan dan pemindahan pesakit dari HRPZ II sehingga ke rumahnya di Kampung Chiku 3, Gua Musang.

"Kerjasama penduduk setempat turut membantu anggota APM dalam proses mengangkat dan memindahkan pesakit," katanya ketika dihubungi pada Ahad.

Ujar beliau, khidmat khas itu dilaksanakan bagi memastikan proses pemindahan pesakit dapat dilakukan secara teratur, selamat dan lancar.

Mohd Arif turut merakamkan penghargaan kepada penduduk setempat yang memberikan kerjasama serta membantu anggota APM sepanjang operasi berkenaan.

Ujarnya, APM akan terus komited membantu agensi kerajaan dan masyarakat menerusi tugas bantuan kemanusiaan secara cekap, pantas dan berkesan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved