
TEMERLOH – Seorang anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) Pahang dikejarkan ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas) Temerloh selepas dipatuk ular tedung selar ketika melakukan demonstrasi pengendalian reptilia itu, hari ini.
Dalam kejadian pada pukul 10.50 pagi itu, mangsa, Sarjan Muhamad Muazam Shah Kamardin, 39, dipatuk reptilia tersebut pada kuku.
Pengarah APM Pahang, Kolonel (PA) Che Adam A. Rahman berkata, kejadian berlaku ketika anggota APM Temerloh melakukan demonstrasi mengendali ular sempena Program Jelajah Agenda Nasional Malaysia Sihat di Dewan Taman Temerloh Jaya di sini.
“Selepas dipatuk, mangsa keluar dari dewan untuk mencuci tangan sebelum pitam di luar dewan. Mangsa kemudiannya dikejarkan ke Jabatan Kecemasan Hoshas untuk mendapatkan rawatan,” katanya di sini hari ini.-KOSMO! ONLINE
The post Anggota APM dipatuk ular ketika demonstrasi appeared first on Kosmo Digital.


