Anggota APMM tidak mengaku terima rasuah

LocalPolitics
29 Oct 2024 • 6:56 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Raimi Fathullah tidak mengaku terima rasuah berjumlah RM1,700 di Mahkamah Sesyen Ipoh pada Selasa. Foto ihsan SPRM

IPOH - Seorang anggota Agensi Penguat kuasa Maritim Malaysia (APMM) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ipoh pada Selasa atas lima pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM1,700, dua tahun lalu.

Tertuduh, Raimi Fathullah Rosland, 36, berpangkat Laskar Kanan Maritim membuat pengakuan itu selepas kesemua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Datuk Ibrahim Osman.

Mengikut pertuduhan, tertuduh yang bertugas di APMM Langkawi didakwa menerima RM1,700 daripada pemilik sebuah syarikat menerusi seorang wanita yang mana dia mengetahui pemilik dan syarikat itu mempunyai hubungan dengan kerja-kerja rasminya pada 3 dan 17 Februari serta 2, 21 dan 29 April 2022.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau dengan denda, atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Noor Azura Zulkiflee manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM7,500 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan perlu menyerahkan pasport kepada mahkamah selain melapor diri di pejabat SPRM Langkawi pada setiap bulan.

Kes disebut semula ditetapkan pada 2 Disember depan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved