Anggota ATM Fasih Berborak Dengan Pilot Russian Knight Guna Bahasa Rusia Tarik Perhatian

20 May 2025 • 5:08 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

image is not available
Anggota ATM Fasih Berborak Dengan Pilot Russian Knight Guna Bahasa Rusia Tarik Perhatian

Video seorang anggota ATM fasih berborak dengan juruterbang pasukan Russian Knight menggunakan bahasa Rusia telah menarik perhatian ramai apabilakedua-duanya dilihat rancang berbual.

Anggota ATM fasih berborak dalam bahasa Russia

Menerusi video yang dikongsi pengguna TikTok dikenali sebagai belengas368, anggota dari Angkatan Tentera Malaysia (ATM) itu sepertinya saling bertukar maklumat ketika Pameran Maritim Aeroangkasa dan Maritim Antarabangsa Langkawi 2025 (LIMA’25) yang berlangsung bermula hari ini hingga 24 Mei nanti.

Anggota ATM fasih berborak, ramai rasa bangga

Dalam hantaran tersebut juga, pengguna TikTok telah meluahkan rasa bangga dengan kebolehan berbahasa asing oleh anggota keselamatan negara sekali gus memberi gambaran positif terhadap pertahanan Malaysia.

“Respect! Askar Malaysia bercakap dengan pilot russian knight dalam bahasa russian dengan fasih,” tulisnya.

Hebat askar kita!

Perkongsiann berkenaan telah mendapat respon yang pelbagai daripada netizen apabila rata-rata memuji kehebatan anggota ATM berkenaan dalam menguasai bahasa luar.

Dalam pada masa yang sama, ada daripada mereka yang mengenali anggota terbabit dan menyatakan bahawa beliau adalah seorang doktor perubatan dalam Angkatan Tentera Malaysia.

image is not available

Mejar (Dr) Khadijah menang baik & tegas orangnya

image is not available

Memang tentera kita banyak tahu beberapa bahasa

Sekadar info, Pameran Maritim Aeroangkasa dan Maritim Antarabangsa Langkawi 2025 (LIMA’25) akan berlangsung bermula 20 Mei hingga 24 Mei 2025.

Sumber: TikTok belengas368