Anggota Badan Wanita Ditemukan Di Tapak Pembuangan Sampah

13 Feb 2026 • 8:02 AM MYT
The Malaysian Update
The Malaysian Update

Portal berita pilihan anda untuk isu semasa, politik, hiburan, & banyak lagi

image is not available

KOTA KINABALU – Anggota badan seorang wanita yang dipercayai dikerat kepada beberapa bahagian ditemukan di tempat pembuangan sampah di Indah Permai di sini pagi tadi.

Difahamkan anggota badan itu ditemukan pekerja pembersihan yang menjalankan kerja kutipan sampah di kawasan berkenaan kira-kira 7 pagi tadi.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Supt Syed Lot Syed Ab Rahman ketika dihubungi pemberita mengesahkan penemuan itu.

Beliau berkata siasatan lanjut sedang diteruskan dan memohon orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan kes terbabit. – Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved