Anggota bomba alami renjatan

24 Mar 2023 • 12:28 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

PAPAR: Seorang anggota bomba terkena renjatan ketika memadamkan kebakaran sebuah rumah yang memusnahkan struktur itu di Kampung Sabok, Kinarut, di sini, pada Khamis. Mohd Qayyum Hamzah, 26, dikejarkan ke hospital dengan kenderaan Perkhidmatan Penyelamatan Perawatan Kecemasan (EMRS) Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) dalam kejadian jam 12 tengah hari itu.

“Api berjaya dipadamkan dengan dua pancutan air dari sumber jentera bomba. 13 pegawai dan anggota JBPM Papar berada di tempat kejadian kira-kira 20 kilometer dari balai itu,” kata jurucakap agensi itu. Keadaan terkawal pada jam 12.37 tengah hari dan operasi ditamatkan dua jam kemudian.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.