Anggota Maritim maut dalam operasi selamat dikebumi dengan istiadat khas

27 Oct 2026 • 11:57 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Anggota Maritim maut dalam operasi selamat dikebumi dengan istiadat khas
Jenazah anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Laskar Kanan Maritim (Teknikal), Allahyarham Mohd Roshaimi Mohd Ridzuan diusung oleh pasukan pengusung jenazah Maritim Malaysia pada istiadat pengebumian di Tanah Perkuburan Islam Masjid Tengku Sharafudin, Kuala Nerang hari ini. Foto: Bernama
Image from: Anggota Maritim maut dalam operasi selamat dikebumi dengan istiadat khas
Allahyarham Mohd Roshaimi Mohd Ridzuan
Image from: Anggota Maritim maut dalam operasi selamat dikebumi dengan istiadat khas
Imam Masjid Tengku Sharafudin, Mohd Izhar Zakaria mengetuai solat jenazah anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia , Laskar Kanan Maritim (Teknikal), Allahyarham Mohd Roshaimi Mohd Ridzuan sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Tengku Sharafudin, Kuala Nerang hari ini. Foto: Bernama

KUALA NERANG - Jenazah anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Laskar Kanan Maritim (Teknikal) Mohd Roshaimi Mohd Ridzuan, 41, yang maut dalam insiden perlanggaran bot di perairan Perlis semalam, selamat dikebumikan malam ini.

Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Tengku Sarafudin Badlishah, di sini pada jam 9.45 malam dengan istiadat pengebumian dilaksanakan Maritim Malaysia sebagai penghormatan terakhir.

**media[3691402]**

Terdahulu, jenazah tiba di masjid berkenaan pada jam 8.41 malam dengan van jenazah dari Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar selepas selesai proses bedah siasat.

Solat jenazah yang diimamkan Mohd Izhar Zakaria disertai ratusan jemaah terdiri daripada ahli keluarga, penduduk setempat dan anggota Maritim Malaysia.

Jenazah kemudian dibawa ke tanah perkuburan masjid berkenaan untuk dikebumikan dengan kira-kira 500 orang hadir memberikan penghormatan terakhir.

**media[3691403]**

Selesai pengebumian, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Maritim Malaysia, Laksamana Madya Maritim Mohd Zawawi Abdullah menyerahkan Jalur Gemilang kepada bapa Allahyarham sebagai tanda penghormatan atas khidmat dan pengorbanannya.

Turut hadir Pengarah Maritim Negeri Kedah dan Perlis Laksamana Pertama Maritim Romli Mustafa serta puluhan anggota agensi berkenaan.

Dalam kejadian kira-kira jam 11 malam semalam, Mohd Roshaimi maut manakala tiga lagi anggota cedera selepas bot dinaiki mereka dipercayai melanggar binaan konkrit di perairan Kuala Sungai Padang berhampiran Kuala Perlis.

Ketika kejadian, mereka sedang mengejar sebuah bot yang disyaki membawa pendatang asing tanpa izin. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved