Anggota MPV Berhenti Di Restoran Mamak Sudah Dikenal Pasti

LocalPolitics
9 Mar 2026 • 9:59 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Polis sudah mengenal pasti identiti anggota yang terlibat dalam video tular berdurasi 12 saat yang memaparkan sebuah kenderaan peronda polis (MPV) berhenti di sebuah restoran mamak, Sungai Buloh pada Khamis lalu.

Anggota MPV berhenti di restoran mamak

image is not available

Menurut laporan Buletin TV3, Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Mohd Hafiz Muhammad Nor berkata bahawa siasatan dalaman sedang dijalankan untuk meneliti kejadian tersebut.

“Anggota yang terbabit telah dikenal pasti dan siasatan dalaman kini sedang berjalan,” jelasnya dalam kenyataan ringkas hari ini pada Ahad.

Terdahulu, media melaporkan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Buloh sedang menyiasat satu video tular yang memaparkan sebuah MPV milik pasukan polis berhenti di sebuah restoran mamak untuk mengambil bungkusan.

image is not available

Rakaman tersebut memaparkan seorang pekerja restoran menghampiri kenderaan MPV berdaftar dengan kod SL198 dan menyerahkan dua bungkusan plastik putih kepada pemandu kenderaan itu pada waktu siang, pada bulan puasa.

Sumber: Buletin TV3 (Suharmin Yusuf)

The post Anggota MPV Berhenti Di Restoran Mamak Sudah Dikenal Pasti appeared first on Borak Daily.