Anggota, pegawai polis ditahan bantu siasatan kes kecurian RM300,000

LocalPolitics
24 Feb 2025 • 7:30 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

KUALA LUMPUR, 24 FEB: Dua anggota polis berpangkat Inspektor dan Koperal ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes kecurian melibatkan kerugian RM300,000.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Rusdi Mohd Isa berkata pihaknya mendapat kebenaran reman sehari terhadap suspek berusia 44 dan 34 tahun itu, semalam.

“Kertas siasatan sudah dibuka dan dua polis berkenaan ditahan bagi membantu siasatan berhubung laporan kecurian melibatkan kerugian RM300,000.

“Polis memandang serius kejadian ini dan akan menjalankan siasatan secara menyeluruh untuk dibawa ke muka pengadilan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Rusdi menasihatkan orang ramai tidak membuat spekulasi yang boleh mengganggu siasatan kes itu.

– BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved