Anggota PGA Ditahan Bersama 9 Liter Ketum

LocalPolitics
7 Aug 2024 • 6:25 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Seorang anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) Markas Briged Tengah, Cheras antara 7 ditahan disyaki memiliki bahan terlarang disyaki ketum.

Memetik laporan Sinar Harian, anggota berkenaan ditangkap bersama enam lelaki warga asing di blok kediaman di markas berkenaan pada jam 10 malam.

image is not available
Sekadar gambar hiasan

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata pihaknya masih menyiasat sama ada kediaman itu digunakan untuk memproses bahan larangan itu atau sebagai pusat edaran.

Rampasan membabitkan sembilan liter cecair dipercayai ketum bernilai kira-kira RM200.

Kesemua suspek yang ditangkap kini direman dan disiasat mengikut Akta Racun 1952 dan Akta Imigresen 1963.

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Sinar Harian