Anggota polis dikhuatiri lemas ditemukan meninggal dunia

LocalPolitics
23 Dec 2024 • 8:26 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Mayat Koperal Muhammad Taufik Sayuti ditemui jam 4.55 pagi pada Isnin di sekitar kawasan tebing pada jarak 3 meter dari Pusat Kawalan Bomba (PKB).

IPOH - Anggota polis yang dikhuatiri lemas selepas dihanyutkan arus deras ketika mandi berhampiran tali air pintu gerbang Changkat Lada, Kampung Gajah di sini pada Ahad ditemukan meninggal dunia.

Mayat Koperal Muhammad Taufik Sayuti, 39, ditemui pada jam 4.55 pagi pada Isnin selepas operasi mencari dan menyelamat digerakkan.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, anggota menjumpai mayat mangsa di sekitar kawasan tebing pada jarak 3 meter dari Pusat Kawalan Bomba (PKB).

"Mangsa telah dibawa naik menggunakan bucket stretcher, tali webbing dan tali menyelamat.

"Mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut," katanya.

Media melaporkan, semasa kejadian mangsa yang bertugas di Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah melakukan aktiviti mandi bersama rakan-rakannya.

Mangsa dikatakan keletihan dan cuba berenang ke tebing, namun arus deras menghanyutkannya.

Difahamkan mangsa baru sahaja selesai menghadiri majlis reunion sekolahnya, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Changkat Lada.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved