Anggota polis maut dalam perjalanan bertugas

29 Mar 2024 • 10:03 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

SEREMBAN: Seorang anggota polis maut selepas motosikal yang ditunggangnya terbabit dalam kemalangan dengan sebuah treler di Kilometer 6, Jalan Bahau-Kemayan di sini tengah hari tadi.

Kemalangan pada kira-kira 1 tengah hari itu menyebabkan Koperal Mohd Nadzri Ibrahim, 38, dari cawangan pengiring Ibu Pejabat Polis Daerah Jempol meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Jempol Supt Hoo Chang Hook berkata kemalangan berlaku ketika mangsa dalam perjalanan dari arah Bahau menuju ke tempat bertugas di IPD Jempol sebelum motosikalnya berlanggar dengan sebuah treler dipandu seorang lelaki berusia 29 tahun yang hilang kawalan dan masuk ke laluan bertentangan.

“Akibat pelanggaran itu anggota tersebut cedera parah dan meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala pemandu treler tidak mengalami sebarang kecederaan,“ katanya dalam kenyataan hari ini.

Hoo berkata pemandu treler terbabit ditahan untuk siasatan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan permohonan reman akan dilakukan esok. -Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved