Anggota Polis Maut Kemalangan Di Jambatan Pulau Pinang

8 Nov 2022 • 11:39 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Seorang anggota polis maut selepas motosikal yang ditungganginya terlibat kemalangan di Jambatan Pulau Pinang. - Gambar fail

BUTTERWORTH - Seorang anggota polis maut selepas motosikal yang ditungganginya terlibat kemalangan dengan sebuah kenderaan petugas Projek Penyelenggaraan Lebuh Raya Berhad (PROPEL) di Jambatan Pulau Pinang, di sini, tengah malam tadi.

Dalam kejadian pada 12.48 tengah malam itu, Koperal Abu Talib Sarif, 33, yang baru pulang daripada menjalankan Op Cantas di Seberang Perai Tengah (SPT) maut ditempatkan kejadian selepas mengalami kecederaan parah di beberapa bahagian badan.

Mayat telah dibawa ke Hospital Seberang Jaya untuk bedah siasat.

Menurut kenyataan di laman Facebook Polis Diraja Malaysia (PDRM) Pulau Pinang, Koperal Abu Talib bertugas di Bahagian Siasatan Khas (D9) Jabatan Siasatan Jenayah Kontijen Pulau Pinang.

"Seluruh warga PDRM Kontinjen Pulau Pinang menzahirkan ucapan takziah buat seluruh ahli keluarga Allahyarham Abu Talib dan mayatnya dijangka dikebumikan selepas solat Zohor di Sungai Petani, Kedah," menurut kenyataan itu. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved