Anggota polis wanita ditahan positif dadah di pusat hiburan

LocalPolitics
2 Jan 2025 • 2:35 PM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

Seorang anggota polis wanita ditahan dalam operasi Ops Hiburan sempena ambang sambutan Tahun Baharu di sebuah pusat hiburan di Jalan Tun Razak.

Anggota polis yang berusia 26 tahun tu ditahan selepas didapati positif dadah.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Asisten Komisioner Mohamad Lazim Ismail berkata Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju menjalankan operasi itu jam 2 pagi sebelum menahan anggota polis terbabit.

Anggota berkenaan dikatakan sedang bercuti sebelum melaporkan diri di Kontinjen Johor.

“Ujian saringan awal ke atas suspek mendapati positif dadah jenis amphetamine, methamphetamine, ketamin dan benzo.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

Susulan itu, suspek direman dua hari bagi membantu siasatan.