Anggota Tentera Dakwa Cedera Dikasari, Saman 8 Defendan Tuntut Ganti Rugi

LocalPolitics
5 Mar 2026 • 6:57 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Seorang anggota tentera, Muhammad Rusyairi Jalani, 25, memfailkan saman terhadap lapan defendan termasuk empat anggota tentera lain, Pegawai Memerintah 16 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD), Panglima Briged Kelapan Infantri Malaysia, Tentera Darat Malaysia dan kerajaan Malaysia bagi menuntut ganti rugi atas kecederaan serius yang dialaminya.

image is not available

Anggota tentera alami kekerasan

Memetik laporan daripada Buletin TV3, saman itu difailkan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur kelmarin melalui firma guaman Tetuan Shaharuddin Hidayu & Marwaliz.

Dalam writ saman dan pernyataan tuntutan, Rusyairi menamakan defendan termasuk Nor Mohd Rosidi Isa, Mohd Fadzli Samsuri, Mohamad Faaik Bakar, Noor Mustaqim Ahmad, Pegawai Memerintah 16 RAMD Leftenan Kolonel Fazul Salim Anor Salim, Panglima Briged Kelapan Infantri Malaysia, Tentera Darat Malaysia dan kerajaan sebagai pihak yang bertanggungjawab.

image is not available

Anggota tentera saman 8 defenden

Plaintif juga menuntut ganti rugi am, teladan dan khas, serta memohon mahkamah mengenakan faedah lima peratus setahun ke atas jumlah tuntutan bermula 14 Mac 2023 sehingga penyelesaian penuh, selain kos guaman dan relif lain yang difikirkan sesuai.

Peguam plaintif, Shaharuddin Mohamed, menyatakan Rusyairi ketika kejadian berpangkat Prebet, manakala defendan pertama berpangkat Staf Sarjan dan defendan kedua hingga keempat berpangkat Koperal yang berkhidmat di Batalion ke-16 RAMD, Kem Desa Pahlawan.

Menurutnya, defendan didakwa memarahi dan memukul plaintif antara 4 petang 13 Mac hingga 8.30 malam 15 Mac 2023 sehingga menyebabkan kecederaan serius.

Rusyairi terpaksa mendapatkan rawatan di beberapa hospital dan menjalani pembedahan kepala di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian pada 21 Mac 2023.

Kes ini menimbulkan perhatian kerana melibatkan anggota tentera serta pegawai atasan, selain menekankan isu keselamatan, hak pekerja tentera dan integriti dalam perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia.

Sumber: Buletin TV3 

The post Anggota Tentera Dakwa Cedera Dikasari, Saman 8 Defendan Tuntut Ganti Rugi appeared first on Borak Daily.