Anggota Tentera Maut, ATM Beri Jaminan Siasatan Telus Dan Tiada Kompromi

LocalPolitics
27 Mar 2025 • 2:05 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Angkatan Tentera Malaysia (ATM) memberi jaminan bahawa siasatan kes kematian anggota Batalion Ke-20 Rejimen Askar Melayu Diraja (20 RAMD), Prebet Muhammad Muqriz Aseri, 21, akan dilakukan secara telus dan menyeluruh.

Menurut Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, pihak ATM tidak akan berkompromi dalam perkara ini dan akan menyerahkan siasatan sepenuhnya kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM).

ATM janji kerjasama penuh…

image is not available

Apa sebenarnya tak boleh nak kata ada dera sebagainya sebab tengah siasat. Kita serah pada pihak polis. Kita akan memberi kerjasama. Kita akan transparent (telus) dalam soal ini dan kita memang tidak berkompromi (terhadap) perkara-perkara seperti ini.- Tegasnya.

Beliau juga menegaskan bahawa ATM akan memastikan insiden sebegini tidak berulang pada masa hadapan.

Dalam pada itu, Khaled meminta orang ramai agar tidak membuat andaian sendiri dan mengaitkan kes ini dengan insiden di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).

Don’t jump into conclusion (Jangan terburu-buru buat kesimpulan). Jangan dicantumkan (kaitkan) antara yang berlaku di UPNM (Universiti Pertahanan Nasional Malaysia) dengan yang ini (kematian prebet).- Pesanya.

Dua anggota yang juga prebet ditahan…

image is not available

Siasatan awal Tentera Darat Malaysia (TDM) mendapati wujud unsur kekerasan (‘manhandling’) yang dipercayai menjadi punca kematian Muhammad Muqriz.

Susulan itu, dua anggota prebet berusia 22 dan 24 tahun telah ditahan untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana disyaki membunuh.

#ApaKataOhmedia

Kes ini amat menyedihkan, lebih-lebih lagi apabila melibatkan anggota tentera yang berkhidmat untuk negara. Diharapkan siasatan dapat dijalankan dengan adil dan telus bagi memberi keadilan kepada keluarga mangsa. Pada masa yang sama, orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat spekulasi liar yang boleh mengganggu proses siasatan.

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di X dan Facebook.
Rujukan kami: Kosmo


The post

appeared first on

.