Anggota Tentera Maut Terkena Tembakan Pemburu Di Hutan Song

LocalPolitics
23 Sep 2024 • 9:39 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Anggota Tentera Maut Terkena Tembakan Pemburu Di Hutan Song

KAPIT, 23 Sept (Bernama) — Seorang anggota tentera maut akibat terkena tembakan dipercayai dilepaskan oleh orang awam yang sedang memburu binatang di kawasan hutan KM 8, Jalan Balak Multiplus, Song dekat sini, awal pagi ini.

Ketua Polis Daerah Song DSP Rowney Michael Jalak berkata Petrus Linggi Liman, 29, mengalami kecederaan parah pada bahagian paha dan punggung kiri.

Beliau berkata mangsa ketika itu sedang berada di atas buaian (hammock) sewaktu menyertai latihan taktikal pasak bumi di kawasan hutan berkenaan.

“Mangsa dikejarkan ke Hospital Kapit untuk mendapatkan rawatan namun telah disahkan meninggal dunia pada 7.43 pagi oleh pegawai perubatan hospital tersebut,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Menurutnya polis sebelum itu menerima panggilan mengenai kejadian pada kira-kira 2.45 pagi.

“Setakat ini suspek belum lagi dikenal pasti. Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan polis sedang berusaha mengesan suspek.

“Bedah siasat ke atas mayat mangsa dijadualkan dilakukan esok di Hospital Kapit,” tambahnya.

Sumber: BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved