Anggota Tentera Meninggal Dunia Dipercayai Lemas, Seorang Lagi Masih Hilang

LocalPolitics
3 Dec 2024 • 10:31 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Seorang anggota tentera dilaporkan meninggal dunia dipercayai akibat lemas manakala seorang lagi masih hilang sewaktu cuba menyeberangi Sungai Merah di kawasan hutan Royal Belum, Gerik.

Memetik laporan Harian Metro, Ketua Polis Daerah Gerik, Superintenden Zulkifli Mahmood berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian sekitar jam 8.56 pagi semalam.

image is not available

Siasatan awal mendapati, kejadian didapati berlaku pada 29 November lalu sekitar jam 6 petang.

Menurut Zulkifli, sewaktu kejadian kedua-dua mangsa bersama tujuh lagi anggota lain cuba menyeberangi sungai berkenaan semasa menjalankan tugas gerakan operasi Kota Echo/Foxtrot.

image is not available

Foto: Facebook Polis Daerah Gerik

Bagaimanapun, dua anggota terbabit gagal menyeberangi sebelum dihanyutkan arus deras.

“Penyelarasan operasi mencari dan menyelamat (SAR) telah dijalankan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) .

“Seorang mangsa telah ditemui meninggal dunia akibat lemas, manakala seorang lagi masih belum ditemui,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Sumber: Harian Metro (Muhammad Zulsyamini Sufian Suri), Facebook Polis Daerah Gerik

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved