Anggota tentera nafi cuba cabul wanita

4 Nov 2023 • 3:09 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

TAWAU: Seorang anggota tentera didakwa di Mahkamah Majistret di sini, pada Jumaat atas tuduhan menggunakan kekerasan jenayah dengan maksud hendak mencabul kehormatan seorang pekerja ibu mertuanya.

Muhammad Afiq Ikhwan Mohamad Zukhi, 23, mengaku tidak bersalah di hadapan Majistret Dayang Aidaku Amira Aminuddin selepas kertas pertuduhan dibacakan kepadanya.

Penjawat awam itu didakwa melakukan jenayah tersebut terhadap Ikhwana, 21, seorang wanita warga Indonesia di sebuah taman perumahan di daerah ini sekitar jam 5 pagi 3 Mei lalu.

Wanita itu adalah pekerja ibu mertua tertuduh yang membantunya di kantin kem tentera dan tidak mempunyai sebarang hubungan istimewa dengan tertuduh. Mangsa tinggal bersama dengan keluarga tersebut.

Mahkamah menetapkan sebutan semula kes pada 4 Disember depan dan menawarkan wang jaminan RM4,000 dengan dua penjamin tempatan, serta dikehendaki melapor diri kepada pegawai penyiasat kes sebulan sekali.

Tertuduh turut dilarang mendekati mangsa dan saksi sehingga kes selesai.

Terdahulu, Pegawai Pendakwa Bahagian Siasatan Jenayah IPD Tawau, ASP Jeffrey Kadisun memohon mahkamah memberikan wang jaminan RM10,000 dengan dua penjamin tempatan beralamat di Tawau, dengan syarat-syarat tambahan terhadap tertuduh.

Peguambela Jhassary P. Kang daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) yang mewakili tertuduh pula memohon wang jaminan rendah kerana lelaki itu sudah berkahwin dan memiliki seorang anak.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun atau dengan denda atau sebat atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.