Anggota tentera parah trak terbabas

16 Feb 2024 • 6:58 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Keadaan trak berkenaan sebaik kejadian pada Jumaat.

image is not available
Kejadian berlaku ketika trak dalam perjalanan dari Kem Batu 10, Kuantan ke Kem Sungai Udang, Melaka.

JEMPOL- Seorang anggota tentera parah manakala seorang lagi cedera di kaki dan tangan selepas trak yang dipandu dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas di Jalan Besar Palong 7&8- Palong 4,5 & 6 pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintenden Hoo Chang Hook berkata, kejadian pada jam kira-kira 1 tengah hari itu berlaku semasa pemandu berpangkat prebet berusia 21 tahun dan penumpang trak berpangkat staf sarjan berusia 38 tahun baru selesai latihan di Kem Batu 10, Kuantan dalam perjalanan ke Kem Sungai Udang, Melaka.

**media[2540427]**

"Setiba di lokasi, trak yang membawa bekalan makanan dan peralatan dapur itu tiba-tiba telah hilang kawalan lalu terbabas melanggar sebatang tiang elektrik sebelum masuk ke bahu jalan sebelah kiri.

"Akibatnya, pemandunya mengalami kecederaan parah iaitu patah bahu kiri manakala penumpang mengalami luka-luka di bahagian tangan dan kaki telah dibawa ke Hospital Jempol untuk menerima rawatan lanjut," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Ujarnya, kes disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 iaitu memandu dengan tidak cermat dan bertimbang rasa.

"Justeru, pihak polis meminta agar saksi kejadian berkenaan supaya menghubungi Pegawai Penyiasat, Bahagian Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jempol, Inspektor Mohd Amirul Syafiq Mohd Yusof, di talian 016-2348669 bagi membantu siasatan," katanya.