Anggota TUDM Hilang Ditemui Selamat, Tiada Unsur Jenayah

3 Sep 2025 • 3:51 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Seorang anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang dilaporkan hilang sejak 24 Ogos lalu akhirnya ditemui dalam keadaan selamat, tengah hari tadi.

Anggota TUDM tidak mengalami sebarang kecederaan

Menurut laporan Berita Harian, Laskar Udara Kanan, Muhammad Ammar Mohd Ariffin, 27, ditemui polis di sebuah kediaman di kawasan Ampang Jaya tanpa sebarang kecederaan.

image is not available

Foto: BH

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Muhamad Farid Ahmad, berkata pihaknya tidak mengesan sebarang unsur jenayah berhubung kehilangan tersebut.

“Sepasukan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang menemui mangsa dalam keadaan baik dan selamat. Buat masa ini, siasatan sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kehilangannya,” katanya.

Difahamkan, satu kenyataan rasmi berhubung penemuan itu akan dikeluarkan dalam masa terdekat.

image is not available

Foto: BH

Muhammad Ammar sebelum ini dilaporkan hilang selepas menyertai Kursus Penyelia Pengangkutan Kenderaan di Institut Latihan Pengurusan Material (INSMAT) TUDM, Bandar Kinrara.

Beliau dibenarkan pulang bersama peserta kursus lain pada 22 Ogos lalu dan sepatutnya melapor diri semula pada 25 Ogos.

Namun, kegagalannya berbuat demikian membawa kepada laporan polis yang dibuat oleh pegawai penyelia kursus pada hari sama.

image is not available

Siasatan awal mendapati kali terakhir Muhammad Ammardilihat berada di Sungai Kedondong pada 23 Ogos kira-kira jam 4.30 petang.

Usaha rakan sebilik kursus menghubunginya pada 24 Ogos juga gagal apabila mendapati telefon bimbitnya dimatikan.

Sumber: Berita Harian (Safeek Affendy Razali)