Anggota Unit Tindakan Khas terima elaun RM525 sebulan

12 Apr 2023 • 10:22 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Saifuddin - Foto fail Bernama

SUNGAI BESAR - Seramai 409 anggota Unit Tindakan Khas (UTK) Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerima elaun kawalan rapat kenamaan sebanyak RM525 sebulan berkuat kuasa Februari tahun ini.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah membuat ketetapan tersebut untuk menyalurkan elaun khas itu bagi menghargai peranan dan tugas UTK yang sentiasa berdepan risiko keselamatan tinggi.

"Proses latihan mereka (anggota UTK) berat, mereka ada penugasan spesifik dan tergolong dalam kumpulan elit dalam PDRM," katanya.

Sebelum ini, Saifuddin pada Rabu menerusi hantaran di Facebook rasminya memaklumkan, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menyerahkan kelulusan berhubung elaun bulanan khas kepada anggota dan pegawai UTK.

Menurutnya, ia selaras dengan komitmen beliau sewaktu Sambutan Ulangtahun ke-48 UTK pada 1 Januari lalu antaranya untuk memastikan kebajikan anggota unit berkenaan terjaga dan meningkatkan lagi motivasi anggota bagi menabur bakti kepada negara.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved