Angin baratan kencang dijangka landa Sabah, Sarawak dan Semenanjung bermula Rabu ini

LocalEnvironment
5 Jul 2026 • 1:31 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Angin baratan kencang dijangka landa Sabah, Sarawak dan Semenanjung bermula Rabu ini
Keadaan itu boleh mengakibatkan angin kencang dan laut bergelora di Laut China Selatan, Perairan Phuket serta Selat Melaka Utara. Gambar hiasan

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan penumpuan angin baratan kencang yang berpotensi membawa cuaca buruk di beberapa kawasan bermula Rabu ini.

MetMalaysia menerusi hantaran Facebook memaklumkan, analisis terhadap model-model ramalan cuaca terkini menunjukkan penumpuan fenomena itu dijangka berlaku di utara Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan pada 8 hingga 10 Julai 2026.

Cuaca buruk itu turut dijangka melanda kawasan utara dan timur Semenanjung Malaysia pada 10 hingga 12 Julai 2026.

Menurut MetMalaysia, keadaan itu boleh mengakibatkan angin kencang dan laut bergelora di Laut China Selatan, Perairan Phuket serta Selat Melaka Utara.

"Keadaan ini juga berpotensi membentuk garis badai yang membawa cuaca ribut petir berserta hujan lebat dan angin kencang untuk tempoh yang lebih panjang di kawasan terbabit," menurut hantaran itu.

Orang ramai dinasihatkan sentiasa mendapatkan maklumat cuaca terkini dan sahih menerusi laman web www.met.gov.my dan media sosial rasmi MET Malaysia serta aplikasi myCuaca. - Bernama

 

 

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved