Angka kematian gempa bumi Jepun meningkat 30 orang

30 Jul 2026 • 1:34 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Angka kematian gempa bumi Jepun meningkat 30 orang

TOKYO – Pekerja-pekerja kecemasan Jepun bertungkus-lumus menyelamatkan mana-mana mangsa yang masih hidup dari pusat beli-belah yang runtuh, ketika angka korban  akibat gempa bumi kuat mencecah 30 orang, dengan ribuan lagi menderita dalam cuaca panas terik.

Perdana Menteri Sanae Takaichi mengeluarkan angka korban baharu itu hari ini. Pegawai-pegawai di wilayah Kumamoto berkata, mereka mengeluarkan empat mayat daripada runtuhan pusat beli-belah Aeon setelah letupan gas berlaku selepas gempa bumi kelmarin.

“Kami mengeluarkan 10 orang di pusat beli-belah tersebut. Daripada jumlah itu, empat disahkan maut. Seorang lagi tidak menunjukkan tanda-tanda bernyawa. Lima lagi mengalami cedera parah dan ringan”, kata seorang pegawai tempatan kepada AFP.

Gegaran bermagnitud 7.1 itu mencetuskan kerosakan meluas dengan meranapkan kediaman, merosakkan jambatan, mencetuskan kebakaran dan menyebabkan puluhan ribu penduduk terputus bekalan elektrik serta air ketika suhu diramalkan mencecah 38 darjah Celsius hujung minggu ini.

Beratus-ratus warga emas terpaksa  tidur di atas tikar nipis di lantai lobi yang keras di sebuah pusat komuniti di bandar Uki, wilayah Kumamoto ketika mereka mencari perlindungan daripada cuaca panas.

“Syukurlah ada pusat perlindungan ini,” kata seorang wanita yang enggan memberikan namanya, ketika orang ramai tidur di celah-celah kerusi dan meja atau berkumpul di hadapan televisyen untuk menonton berita.

Dia cuba untuk tinggal di rumah, atau berehat di dalam keretanya, ‘tetapi ia terlalu panas dan terdapat terlalu banyak nyamuk’.

Kumamoto sendiri pernah dilanda dua gempa bumi dahsyat pada 2016 yang mengorbankan 273 orang dan mencederakan lebih 2,800 orang. – AFP 

 

The post Angka kematian gempa bumi Jepun meningkat 30 orang appeared first on Kosmo Digital.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved