Angkara Asap Masakan Masuk Bilik, Abang Belasah Adik Perempuan

15 Oct 2022 • 7:08 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR - Berang asap masakan masuk ke bilik, seorang lelaki tergamak membelasah adik perempuannya sehingga cedera dalam kejadian di sebuah rumah dekat Kajang, malam semalam.

Kejadian berlaku kira-kira jam 11 malam ketika mangsa berusia 24 tahun itu sedang memasak di dapur manakala suspek pula tidur di biliknya.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, bau dan asap masakan memasuki bilik suspek berusia 31 tahun yang sedang tidur bersebelahan dapur.

"Suspek kemudian keluar daripada bilik dan menunjukkan protes dengan cara menutup pintu secara kuat sambil memaki hamun adik perempuannya.

"Beliau juga bertindak menarik rambut, menumbuk dan menampar bahagian muka mangsa sehingga cedera serta patah gigi," katanya dalam kenyataan.

Mohd Zaid berkata, mangsa kemudiannya mendapatkan rawatan di hospital sebelum membuat laporan polis.

"Bertindak atas laporan, sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang menahan suspek di rumahnya pada jam 1.30 pagi semalam.

"Suspek direman empat hari sehingga Isnin depan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan," katanya.

Katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kes itu diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor K Suresh di talian 017-4333795 bagi membantu siasatan. - Getaran, 15 Oktober 2022

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved