Angkara Cemburu? Lelaki Dituduh Tikam Isteri Ketiga Hingga Maut

LocalPolitics
10 Dec 2025 • 10:49 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Seorang lelaki warga emas dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan membunuh isterinya dalam kejadian di Kampung Paku, Gual Ipoh, Tanah Merah pada 1 Disember lalu.

Lelaki dituduh tikam isteri ketiga hingga maut

Menurut laporan Harian Metro, Ibrahim Sulaiman, 63, hanya mengangguk tanda faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Tun Faiz Fikri Tun Asrul Zaini.

image is not available

Foto: Harian Metro

Tiada sebarang pengakuan direkodkan.

Berdasarkan kertas pertuduhan, Ibrahim didakwa menyebabkan kematian isterinya, Mastura Abdullah, 40, di rumah mereka antara jam 9.30 pagi hingga 12.15 tengah hari pada tarikh kejadian.

Kes itu dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati, atau jika tidak dijatuhkan hukuman tersebut, boleh dikenakan penjara sehingga 40 tahun dan maksimum 12 sebatan.

image is not available

Foto: Media sosial

Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Irfan Aizat Mohd Daud mewakili pihak pendakwaan, manakala tertuduh hadir tanpa peguam.

Mahkamah menetapkan 12 Februari sebagai tarikh sebutan semula kes.

Artikel lain: Suspek Tikam Isteri Sempat Ambil Anak Balik Sekolah Sebelum Ditahan Polis

Sebelum ini, media melaporkan seorang wanita yang juga isteri ketiga ditemukan maut selepas dipercayai ditikam sebanyak dua kali oleh suaminya di kediaman mereka.

image is not available

Foto: Media sosial

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan sekitar jam 10 pagi, kemudian keluar mengambil anak di sekolah pada tengah hari sebelum menyerah diri di balai polis.

Difahamkan, lelaki terbabit bertindak demikian kerana dipercayai angkara cemburu dengan mendakwa mangsa mempunyai kekasih.

Sumber: Harian Metro (Nor Fazlina Abdul Rahim)

The post Angkara Cemburu? Lelaki Dituduh Tikam Isteri Ketiga Hingga Maut appeared first on Borak Daily.