Angkara Dengki, Pemilik Kedai Runcit Sanggup Racun Makanan Dijual Pesaing

5 Aug 2023 • 1:51 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Sanggup racun kedai saingan

Angkara Dengki, Pemilik Kedai Runcit Sanggup Racun Makanan Dijual Pesaing. Seorang tuan kedai serbaneka di kawasan Zhejiang, sebelah timur China telah ditahan kerana dituduh meracun produk makanan yang dijual di kedai saingan, yang akhirnya menyebabkan sekurang-kurangnya 10 pelanggan menderita sakit.

Menurut laporan harian South China Morning Post (SCMP) baru-baru ini, pemilik kedai tersebut, seorang lelaki, telah ditangkap oleh pihak berkuasa selepas dia dikesan melakukan perbuatan jahat itu pada bulan Jun yang lalu di kedai saingan yang bertentangan dan dimiliki oleh seorang wanita.

image is not available
Angkara Dengki, Pemilik Kedai Runcit Sanggup Racun Makanan Dijual Pesaing. Gambar sekadar hiasan

Pelanggan lain merasa pening dan muntah.

Seorang pelanggan bernama Li telah membeli kek daging gulung dari kedai milik wanita tersebut pada 13 Jun yang lalu.

Setelah menikmati makanan tersebut, dia bersama sembilan pelanggan lain merasa pening dan muntah.

Li kemudian mengambil langkah proaktif untuk menghubungi pihak polis dan selepas siasatan, didapati dia dan mangsa-mangsa lain telah diracun dengan bahan kimia berbahaya – natrium nitrat.

image is not available

Pihak polis berjaya mengenal pasti suspek tersebut

Bahan kimia perindustrian tersebut boleh menyebabkan pelbagai simptom negatif termasuk sakit kepala, pening, muntah, pengsan, kesukaran bernafas dan dalam keadaan teruk, ia boleh membawa maut.

Pihak polis berjaya mengenal pasti suspek tersebut selepas meneliti rakaman dari sistem televisyen litar tertutup (CCTV) yang dipasang di kedai milik wanita tersebut.

image is not available
Gambar sekadar hiasan

Lagi artikel menarik, anda boleh baca di pautan bawah: