Angkara mencuri, kerani dijel 14 hari

23 Nov 2023 • 1:26 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Seorang kerani berusia 29 tahun dijatuhi hukuman penjara 14 hari pada Rabu atas kesalahan mencuri di kedai.

Norandriani Herwan, yang tampil di hadapan Majistret Wan Farrah Farriza Wan Ghazali bagi pengurusan kes pra-perbicaraan memaklumkan mahkamah bahawa dia ingin menukar pengakuannya kepada bersalah terhadap pertuduhan itu.

Norandriani mengaku bersalah mencuri sembilan unit kosmetik terdiri daripada bedak asas, minyak wangi dan celak di Guardian, di tingkat dua Centre Point pukul 5.45 petang pada 12 Okt.

Timbalan Pendakwa Raya Ling Guong Zhin memaklumkan mahkamah bahawa pada hari tersebut pekerja kedai itu melihat Norandriani dalam keadaan mencurigakan ketika berada di dalam kedai dan apabila diperiksa menerusi kamera pengawasan, dia dilihat memasukkan barangan kosmetik ke dalam begnya dan keluar tanpa membayar. .

Norandriani ditahan di luar premis dan mengeluarkan barang berkenaan sebelum cuba melarikan diri tetapi ditahan pengawal keselamatan, kata pendakwaan.

Dia didakwa di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun dan boleh didenda jika sabit kesalahan.

Tidak diwakili, Norandriani memohon hukuman ringan dan merayu agar tidak dipenjarakan atas alasan dia perlu terus bekerja untuk menyara ibunya yang berusia dan adiknya yang berkerusi roda akibat kemalangan jalan raya baru-baru ini dan dia juga perlu menjaga kucing peliharaannya di rumah.

Tambah Norandriani, dia menyesal dengan perbuatannya itu.

DPP Ling memohon hukuman setimpal dan memberitahu mahkamah bahawa Norandraini tidak mempunyai rekod sabitan dan jumlah kerugian ialah RM223.10 dan kesemua barang telah ditemui semula.

Mahkamah memerintahkan Norandriani menjalani hukuman itu bermula Rabu.

Sementara itu, seorang lelaki tanpa dokumen didakwa memiliki motosikal curi.

Md Shanill Basic, 25, mengaku tidak bersalah di hadapan Majistret Lovely Natasha Charles atas pertuduhan memiliki motosikal curi kepunyaan Beckam Martin pukul 7 malam pada 2 Nov di Taman Sri Rugading, Tuaran.

Shanill didakwa melakukan perbuatan di bawah Seksyen 411 Kanun Keseksaan.

Mahkamah menetapkan 24 Jan tahun depan untuk pengurusan kes pra-perbicaraan dan memerintahkan Shanill direman sementara menunggu tarikh tersebut.

Inspektor Kelvan Elson Maik mengendalikan pendakwaan.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.