
Angkasawan Apollo 8 William Anders Maut, Pesawat Dipandu Terhempas
Bekas angkasawan yang mengikuti misi kedua Apollo 8, William Anders dilapor maut selepas pesawat ringan yang dipandunya terhempas di perairan Kepulauan San Juan pada petang Jumaat (waktu tempatan), lapor CBS News.
Mendiang berumur 90 tahun dan kematiannya telah disahkan oleh anaknya, Greg Anders kepada portal berita berkenaan.
Semantara itu, Sherif San Juan County, Eric Peter turut memberitahu CBS News bahawa pasukan penyelamat sudah dikerahkan ke lokasi kejadian untuk mengesan jasad mangsa.
William dipercayai bersendirian ketika menerbangkan pesawat malang jenis Beech A45 itu.
Pentadbiran Penerbangan Persekutaan (FAA) dan Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan (NTSB) Amerika Syarikat juga sedang menyiasat kemalangan yang berlaku.
Angkasawan Apollo 8, William Anders maut pesawat terhempas
Dalam pada itu, penyelia NASA KE-14, Senator Bill Nelson turut berkongsi rasa dukanya dengan kematian mendiang.
“Pada 1968 menerusi misi Apollo 8, mendiang meninggalkan hadiah terbesar yang boleh diberikan kepada kita semua oleh seorang angkasawan.
“Mendiang mengembara ke Bulan dan membantu kita untuk melihat sisi lain, iaitu diri kita sendiri. Mendiang adalah lambang kepada pelajaran dan tujuan sesebuah eksplorasi.
“William Anders akan dirindui oleh kita semua,” kata Bill Nelson melalui akaun X (dahulunya dikenali sebagai Twitter).
Mengenai William Anders
Mendiang yang dilahirkan di Hong Kong pada 17 Oktober 1933 pernah menyertai Akademi Tentera Laut dan Institut Teknologi Tentera Udara Amerika Syarikat.
Kemudian pada 1964, beliau terpilih untuk menyertai program angkasa lepas yang dijalankan oleh Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA).
Berdasarkan biografi disediakan NASA, mendiang mencatatkan rekod penerbangan sebanyak 6,000 jam. Antaranya ketika berkhidmat sebagai juruterbang sandaran untuk misi Gemini XI dan Apollo 11.
Mendiang juga pernah diberi tanggungjawab untuk menjadi juruterbang modul bulan dalam misi Apollo 8.
Selain itu, mendiang juga merupakan individu yang bertanggungjawab mengambil gambar terkenal Bumi yang dikenali sebagai Earthrise pada 1968.
Malah, mendiang secara peribadi menganggap gambar berkenaan sebagai sumbangan terbesarnya kepada program angkasa lepas NASA.
@g1 O astronauta William Anders, que orbitou a Lua com a missão Apollo 8 em 1968, morreu em um acidente aéreo nos Estados Unidos, nesta sexta-feira, aos 90 anos. Anders ficou famoso por ser o autor da foto “Earthrise”, que mostra a vista da Terra a partir da Lua. Ele foi o piloto da missão Apollo 8, que foi a primeira a orbitar o satélite natural da Terra, em 1968. De acordo com a Administração Federal de Aviação dos Estados Unidos (FAA, na sigla em inglês), um avião do modelo Beechcraft T-34 Mentor caiu na água próximo ao Roche Harbor, na região do arquipélago das Ilhas San Juan. Apenas o astronauta estava a bordo. Equipes de resgate foram enviadas para a região. A FAA afirmou que o acidente está sendo investigado. #g1 #tiktoknotícias #lua #foto #apollo
Sumber: Fox 13 Seattle
The post Angkasawan Apollo 8 William Anders Maut, Pesawat Dipandu Terhempas appeared first on Siakap Keli.
