“Angkat Dia Nangis” – Anak Buat Hal Nak Baring Atas Lantai, Emma Maembong ‘Layan’ Sekali

Family & Parenting
5 Jan 2023 • 12:33 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Dah menjadi lumrah, anak-anak dalam proses membesar memang banyak ragam sampai buat mak ayah pening kepala.

Anak yang berusia 1 hingga 3 tahun kebiasaannya akan mengamuk atau memberontak kerana pada usia ini mereka ada kesukaran berkomunikasi dan belum mampu nak sampaikan kemahuan mereka dengan baik.

Ha, waktu ni lah kesabaran mak ayah diuji. Pujuk macam mana pun memang tak jalan punya!

Seperti video tular di TikTok ini, anak pelakon Emma Maembong iaitu Shariq Gabriel protest tak nak didukung dan tak nak berjalan. Dia hanya nak baring di atas lantai kaki lima tanpa buat apa-apa.

Difahamkan, Emma Maembong dah cuba pujuk dan angkat kerana lantai kotor tapi anak menangis pulak.

Tak cakap banyak, Emma ‘layan’ je tantrum anak dengan ikut baring sekali dekat lantai tu. Aduhai anak punya pasal.

Sikap sempoi pelakon itu mengatasi anak meragam membuatkan orang ramai terhibur. Mereka cukup faham apa yang dilalui mak-mak bila anak tantrum.

Setakat ini video yang dikongsi semula di TikTok itu meraih lebih 1 juta tontonan dan 600 komen.

image is not available

image is not available

Aduhai sabar jelah ya. Bukan senang nak handle anak meragam lebih-lebih lagi kalau dekat tempat awam. Korang punya pengalaman macam mana?

Kredit: TikTok @kopipanas2u

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

View Original Article